120 ORANG SERTAI GOTONG-ROYONG MPM – 18 TAN SAMPAH DILUPUSKAN

(MUAR, 4 MAC) Seramai 120 orang dari kalangan penduduk, tenaga kerja dan sukarelawan terlibat dalam aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rukun Tetangga, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk, Jabatan Kesihatan Muar dan Persatuan Tzu Shi di Taman Sri Treh Sabak Awor.Aktiviti yang berlangsung 4 jam tersebut telah berjaya melupuskan sisa buangan dan sisa kebun seberat 18 tan dengan sokongan jentera seperti jentolak, lori sampah, jentera bomba dan jentera pembersihan longkang.

Penduduk setempat turut diberikan penerangan tentang penjagaan kesihatan dan langkah mencegah wabak denggi yang disampaikan melalui edaran risalah oleh pihak Jabatan Kesihatan Muar dan Persatuan Tzu Shi.

Ahli MPM, En. Lee Kim Heng dalam pada itu berkata, aktiviti tersebut diadakan bagi memastikan kawasan tersebut sentiasa berada dalam keadaan bersih. Sementera itu, pihak JKKK Sabak Awor memaklumkan bahawa permohonan untuk menaiktaraf sistem perparitan telah dikemukakan. Beliau juga mengalu-alukan sebarang pandangan atau cadangan daripada penduduk setempat untuk tindakan selanjutnya.