110 PEKERJA PEMBERSIHAN TERIMA SUMBANGAN SEMPENA HARI BURUH

Seramai 110 pekerja pembersihan menerima sumbangan sempena Hari Buruh tanda penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan mereka. Pihak penganjur telah menyediakan 430 unit sumbangan untuk diberikan kepada keluarga yang memerlukan dan 110 orang pekerja SWm Environment yang berkhidmat di Dun Kota Laksamana juga menerima seumbangan tersebut.

YB Khoo Poay Tiong berkata pekerja pembersihan sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar dan peranan mereka amatlah penting dalam menjaga kesejahteraan bandar. Sumbangan ini juga diberikan kepada keluarga miskin seramai 65 buah keluarga di kawasan parlimen Kota Melaka.