10 KELUARGA IBU TUNGGAL DAPAT SUMBANGAN SWM KASIH

(ISKANDAR PUTERI, 2 JUN) SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah menyumbangkan keperluan Aidilfitri berbentuk barangan dapur dan baju hari raya kepada 10 buah keluarga ibu tunggal.Sumbangan tersebut telah disampaikan sempena Program SWM Kasih Santun Ramadan yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan disokong oleh AEON Malaysia, Nestle Malaysia dan EXORA Owners Car Club Malaysia (EOCM) meraikan dan menyumbang kepada 10 buah keluarga ibu tunggal pada hari ini, di sini. Seramai 10 orang ibu tunggal dan 27 orang kanak-kanak telah terlibat dalam program tersebut.

Selain itu, program tersebut turut melibatkan 30 orang sukarelawan daripada kalangan kakitangan SWM Environment dan EOCM yang membawa keluarga berkenaan membeli belah di JAKEL Bandar Baru Uda secara konvoi.

Menurut Pengurus Wilayah Johor, SWM Environment, En. Mohd Zan Arris, sejumlah RM400 diperuntukkan kepada setiap keluarga ibu tunggal untuk membeli pakaian hari raya mereka sekeluarga.

TAN HONG PIN – HARAP SYARIKAT KORPORAT BANTU GOLONGAN KURANG MAMPU

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasai Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor, Tan Hong Pin berkata, kami berharap lebih ramai lagi syarikat korporat bantu golongan yang kurang mampu.

Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut adalah Setiausaha MBIP, Hj. Md. Asri Hj. Amir.